Thanks sebab sudi masuk blog yang tak seberapa ni.Ini hanya blog biasa. Tuan punye blog tak paksa sesiapa untuk baca entri-entri kat blog ni.Kalau tak berminat,jangan baca. Boleh pergi blog orang lain.Saya berkawan dengan sapesape je .Terima Kasih ☺ *peacenowar* - © www.justmiszeja.blogspot.com |EjaEhsan|

Followers

ஐ ChatBox

31 December 2010

Seram Sangat Ke Filem Khurafat ?

Baru2 ni kat "Timeline Twitter" aku..banyak status pasal Filem Khurafat arahan Syamsul Yusof ..Ala anak Datuk Yusof Haslam tu..hahaha

Kebanyakan status2 yang aku baca kate filem tu memang seram yang amett..mendebarkan..macam2 lagi la..dan Secara tak langsung,aku pun tak sabar nak tunggu filem ni keluar ..katenye 13 Januari 2011..tak pasti la tapi memang bulan Januari 2011..hehhe..


ni aku bagi sikit Sinopsis Filem Khurafat  yang turut di lakonkan oleh Syamsul Yusof, Liyana Jasmay, Sabrina Ali, Salina Saibi dan beberapa pelakon lain..

 mengisahkan perjanjian terlarang dan salah satu bentuk penyelewengan dalam aqidah Islam diantara manusia dan syaitan, sesuatu yang amat ditegah dalam agama suci kita. Tapi manusia tanpa mengira akibat .. membelakangkan Allah, disokong dengan nafsu dendam serakah akhirnya hanyut dengan bisikan syaitan. Kisah bermula dengan Johan, seorang pemuda yang bekerja sebagai Pembantu Hospital.



Sudah berkahwin dan mempunyai seorang isteri bernama Aishah. Pasangan ini diawal perkahwinan hidup aman dan bahagia namun tanpa disangka trauma melanda dipertangahan jalan. Mereka sering diganggu oleh lembaga aneh. Bermacam-macam usaha telah dilakukan namun gangguan itu tetap berterusan. Ini amat menakutkan mereka lebih-lebih lagi Johan. Kehadiran seorang perempuan tua misteri … ditambah dengan munculnya bekas Johan bernama Anna yang bersiakp pelik dan menakutkan menambahkan lagi episod trauma paangan ini… Anna sentiasa menganggu Johan walaupun ketika Johan bersama Aishah. Ini menyebabkan Johan bertambah runsing. Tidak lama selepas itu Anna ditemui mati bunuh diri dengan mayatnya tergantung. Kematian Anna adalah kemuncaknya perkara-perkara aneh yang berlaku dalam hidup Johan. Bayangan Anna mula menganggu Johan mahupun Aishah.


Hidup Johan semakin tertekan. Setelah diasak pelbagai kejadian aneh akhirnya barulah terungkap segala misteri. Johan akhirnya akurdengan kesilapan silamnya… perbuatan  yang diamalkan kini menuntut haknya dan Johan terpaksa membayarnya dengan harga yang amat tinggi. Kesimpulannya  adalah satu amalan yang mengalih pergantungan manusia daripada Khalik (pencipta/Allah) kepada makhluk (yang dicipta). Di dalam Al-Quran terdapat beberapa ayat yang menyeru kepada pergantungan kepada Allah dan menolak kepercayaan terhadap yang selainnya bagi mendapat kebaikan dan menolak keburukan. Yang memberi segala kenikmatan dan keyakinan hanya Allah. KepadaNya seluruh makhluk bergantung. Akhirnya apakah kesudahan ????

- Jom same2 layan kat wayang nanti eh :) memang nampak bestt filem ni..!haha

No comments:

Post a Comment