Thanks sebab sudi masuk blog yang tak seberapa ni.Ini hanya blog biasa. Tuan punye blog tak paksa sesiapa untuk baca entri-entri kat blog ni.Kalau tak berminat,jangan baca. Boleh pergi blog orang lain.Saya berkawan dengan sapesape je .Terima Kasih ☺ *peacenowar* - © www.justmiszeja.blogspot.com |EjaEhsan|

Followers

ஐ ChatBox

21 October 2009

Sekembalinya Dari Konvokesyen UiTM...

Rasanya penat masih tak hilang lagi..
Elok2 dah sampai kampung delek,ayah dapat panggilan pulak.
Pencuri Tabung Surau (PTS) =p berjaya di tangkap..
adoi...budak pulak tu yang buat,,tak ade keje ke??

Ape nak buat..ayah terus la pergi ke surau.......
*dalam masa yang sama surh ayah bawak budak tu g balai polis*
*jahatkan aku* =p
tapi tu jela cara nak mengajar budak2 camtu....

So,takut aku ngan mak tunggu lama,ayah anta kitorang balik dulu.
lega sikit..huhuh...tapi sampai umah tak tido pun!
sebab aku tak tau nape aku terlalu semangat untuk
upload gambar2 time konvokesyen tu~ ._.

---------------------------------------------------

mmm....kat bawah2 ni la gambar sekitar konvokesyen tu..
masih ada baki gambar yang belum di upload....
insyaallah kalau gambarnye dah dapat..aku upload la~ =)

gambar ni sebenarnya tak terfikir pun nak amik..hehe
sebab time ni aku sorang2 je..mak ngan ayah dah masuk dewan..
so,aku sangat malu masa tu..hahahha....aku kaku je =p
tapi,rugi plak kan kalau tak amik..sian kakak aku.. =)
-----------------------------------------------------------
nasib baik jugak aku duduk depan..sebab aku rabun.. xD
sikit pun aku susah nak nmpak..tu pun aku tengok nama je..
mmm...masa semua graduan2 masuk ke dalam dewan,
tibe2 perasaan aku jadi sayu semacam...sayu gembira kot...
hehe...rasa macam nak nangis time tu..bestnye jd 'GRADUAN'!
lagi2 aku nampak kakak aku kat skrin tu..lagi la aku sayu~
-----------------------------------------------------------
tiap kali aku nampak muke dye kat skrin..mesti aku mesej dye..hahhaa
saje2 mengusik..pemes gak kakak aku kan..wahahaha
time dah nak turn dye pun,dye sempat mesej aku.. =)
tu yang aku sempat amik gambar ni...walaupun~~~ xD

Ni la kakak aku..bawah abang aku =p

gambar ni selepas sesi~~
di sebabkan bateri kamera aku 'haus'..
so,amik gambar guna fon je laaa....huhu


kusya dan adik kesayangan dia...
wakakakaka....
*sayang ke?? xD




sementara tunggu kakak aku keluar dewan...
mak bapak aku merasa la kejap.. x)


AKU !!!!!
hahahah....
SITI KHADIJAH EHSAN
konvokesyen 100 xD

----------------------------------------------

akhir skali...

KUSYA...
congrats sis...
kitorang semua bangga dengan kau!!
hidup keding xD

20 October 2009

Pelakon Dayana Kamal Rentung Dalam Kemalangan


naza-the-times-dayana-kamal by Syokkahwin.com.


Wanita yang ditemui rentung bersama dua rakannya dalam kemalangan ngeri
di atas jambatan dekat Bunut Payung di sini, awal pagi kelmarin,
adalah pelakon filem Black Maria.

Wan Noor Diana Mohd Kamarulzaman, 22,
atau lebih dikenali sebagai Dayana Kamal, juga membintangi beberapa drama,
seperti Sumayyah, Rumah Itu Dunia Aku serta Selamat Tinggal Noni.

"Apa yang lebih menyentuh hati saya, beberapa hari sebelum kejadian itu,
dia memberitahu niatnya untuk mendalami al-Quran
dengan mencari guru agama bagi membantu mengajarnya,"
kata ibunya ketika ditemui di rumahnya di Pengkalan Chepa di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.15 pagi kelmarin,
Proton Persona yang dinaiki Wan Noor Diana
dan tiga sahabatnya terbabas sebelum terbakar dan meletup.

Dua lagi yang rentung dikenali Tengku Shamsu Tuan Ibrahim, 25,
dan warga Amerika Syarikat, Christopher Gonzalez, 25,
manakala pemandu kenderaan itu, Tengku Ahmad Nazim Tengku Ibrahim, 30,
terselamat.

Jenazah Wan Noor Diana selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Mata Pasir
dekat Chempaka, kira-kira jam 11 malam kelmarin.

Wan Nor Hayati berkata, Allahyarham pernah mendirikan
rumah tangga dengan vokalis kumpulan
Indie, The Times, Natazar Mohamad, 33,
dan dikurniakan seorang anak perempuan,
Dayang Fatiha Amanda, yang kini berusia empat tahun.

Allahyarham juga pernah menyertai pertandingan akhir
Pencarian Gadis Metro anjuran akhbar Harian Metro pada 2004.

Wan Nor Hayati berkata, Allahyarham anak sulung dari empat beradik
baru-baru ini turut menyertai pertandingan Pakaian Muslimah Kelantan.

"Noor Diana sepatutnya menggayakan pakaian serba biru, tetapi pada saat akhir mengubah fikiran dan mengenakan pakaian serba putih. Saya tidak mengesyaki apa-apa yang pelik tetapi itu mungkin petanda dia akan meninggalkan kami buat selama-lamanya," katanya.



- BERITA HARIAN


19 October 2009

Salah Siapa?



http://ibnismail.files.wordpress.com/2009/04/bersekedudukan.jpg

Masalah pembuangan bayi bukanlah merupakan satu
perkara yang baru berlaku di negara ini. Sejak zaman Arab Jahiliyah
lagi kita dapati gejala tidak beretika ini telah dilakukan
khususnya terhadap bayi serta anak-anak perempuan
atas faktor keagamaan masyarakat pada masa itu.

Akan tetapi, gejala pembuangan bayi kini begitu berbeza
senarionya memandangkan pembuangan bayi ini dilakukan atas
desakan hawa nafsu manusia itu sendiri yang terlibat dengan
aktiviti penzinaan hasil daripada pergaulan bebas masyarakat pada hari ini.

http://1.bp.blogspot.com/_476rxYNJDEA/Sa07YqD3IFI/AAAAAAAAARs/jzBJvR5Wsp4/s320/luar+nikah.bmp
Malu, sedih, buntu
setelah terlanjur dan mengandung anak di luar nikah,
maka pengguguran serta pembuangan bayi menjadi langkah terbaik
dalam menutup segala keaiban yang telah dilakukan oleh manusia itu sendiri.
Kini gejala buang bayi diperkatakan semula berikutan semakin ramai bayi
yang ditemui sama ada dalam keadaan hidup atau mati di merata tempat.

http://maabdd.com/wp-content/uploads/2009/03/bayi-11.jpg

"oleh itu,wajarkah tindakan di ambil untuk
golongan-golongan yang suka membuang bayi
yang tak berdosa tu???

kalau aku,,memang WAJAR sangat!
sekarang ni dah smakin menjadi-jadi...
tapi aku rasa kalau ada undang2 yang ketat untuk diorang ni...
mesti tak banyak kes-kes macam ni berlaku..

buat la hukuman untuk lelaki dan perempuan yang
melakukan seks bebas sehingga berlaku kes tu!
seperti hukuman sebat ke..rejam!
barulah masyarakat takut nak buat maksiat!

ini,nak buat hukuman pun takut semacam..
contohnya seperti Kartika
(wanita pertama yang akan di kenakan hukuman sebat)..
korang tengok la..bukan main susah nak buat hukuman tu..
sedangkan Kartika rela dengan hukuman tu..
ni tak,,macam2 isu yang keluar..
mana laa maksiat tak menjadi2..diorang dah tak takut dengan undang2"

jadi??skarang ni..
salah pemimpin ke salah orang yang buat maksiat tu?

http://motivatorlife.files.wordpress.com/2009/08/pergaulanbebas.jpg

Tolonglah!!dah tak sanggup nak tengok bayi
yang tak berdosa di bunuh,mati dalam sungai,
buang dalam tong sampah,sumbat dalam beg!!

ngeri laa!!



14 October 2009

Ssksikan Haziq Dalam Belalang

BELALANG
Epik Anakanda Nujum DiRaja


Drama menarik ini mengisahkan Belalang yang dilakonkan oleh adik Hadziq (tomtombak) merupakan anak seorang Nujum DiRaja yang terlalu benar ingin merantau mencari ilmu di dada. Namun bapanya (lakonan Sobri Anuar), sering saja mencari alasan agar Belalang tidak pergi jauh daripadanya. Risaukan keselamatan anaknya, Belalang disuruh berguru pencak dengan Tok Panglima di kampung sebelah sebagai bekalan andai perjalanannya itu kelak diduga dengan segala yang jahat. Belalang yang tidak suka keganasan terpaksa menurut kerana janji bapanya, sesudah berguru silat bolehlah dia mengembara.


Raja (lakonan Erry Putra) bagaimanapun telah mendapat tahu niat murni Belalang itu dan menabalkan Belalang sebagai Utusan Kecil DiRaja yang turut dikurniakan Alat Kebesaran DiRaja yang dipanggil Tinta Raja yang terdiri dari pena duri landak emas, dilengkapi dengan tinta sakti berupa dakwat dan selembar kulit emas rusa putih yang darinya dapatkan Belalang menuliskan dan menghimpun segala ceritera manusia sepanjang perjalanannya bagi faedah istana dan rakyat jelata.

Masalah utama yang dihadapi Belalang adalah apabila dia sebenarnya buta huruf dan tidak pandai membaca. Dengan nujuman dan restu bapanya, berangkatlah Belalang mengembara mencari guru yang dapat mengajarkannya mengeja dan membaca. Banyaklah rintangan yang dihadapinya dalam menamatkan pembelajarannya sebelum mampu mula menulis. Sebagai permulaan, dilukislah saja bentuk-bentuk pengalamannya ke dalam Tinta DiRaja itu.

Sepanjang pengembaraannya itu, banyaklah manusia dan kejadian yang dialaminya yang rata-rata kejadian dan kisah-kisah malang belaka. Maka terpanggillah Belalang untuk berbuat sesuatu dengan harapan membantu mereka-mereka keluar dari nasib buruk yang mungkin menimpa mereka. Harapannya juga untuk pulang bersama cerita-cerita hebat tentang bangsanya.

Jangan lupa saksikan drama bersiri Belalang; Epik Anakanda Nujum Diraja yang bakal bersiaran menerusi Astro Prima (saluran 105) setiap Rabu bermula 14 Oktober 2009 jam 10 malam.



Peserta-Peserta Sehati Berdansa Musim ke-3




Segala teka-teki telah berakhir apabila 9 pasangan selebriti
kan berentap dalam program realiti tarian popular,
Sehati Berdansa 3 (SB3) yang akan memulakan siarannya mulai 17 Oktober ini.
Mereka yang terpilih adalah
Sazzy Falak & Nazril Idrus; Anita Baharom & Ismadi Ismail;
Isma & Zul; Enot & Zainul; Dira & Ash; Mirnawan Nawawi & Noorah Mokhsin;
Oshin & Firdaus Shukor; Syed Hussein & Noor Diyana; serta Didie & Isham Ismail.

Pengumuman senarai peserta telah diadakah semalam di Hotel Sunway Resorts,
dengan dihadiri oleh semua pasangan terbabit.Program popular siaran Astro Ria ini
akan kembali menemui peminat bermula 17 Oktober ini, jam 9 malam
menerusi program pengenalan iaitu Kenali Pasangan Sehati Berdansa 3.
Sekali lagi murai.com.my dipilih sebagai portal hiburan rasmi program itu.
Inilah masanya peminat dapat mengikuti perkembangan mutakhir
tentang pertandingan itu terutama paparan berita dan gosip.
Anda boleh mendapatkan liputan eksklusif menerusi laman mikro khas
iaitu Sehati Berdansa3@murai.com.my.


Turut dimuatkan paparan video sebalik tabir, foto serta latar belakang peserta musim ini.
Sebelum ini pihak Astro telah membuat pengumuman bahawa hos utama adalah
Scha Al Yahya dan Fahrin Ahmad
yang mana mereka akan mengendalikan
Malam Sehati Berdansa 3 serta Kenali Sehati Berdansa 3.
Scha yang juga pelakon Awan Dania telah dipilih menggantikan tempat
Linda Onn sebagai hos baru SB3
Manakala Awal Ashaari atau nama sebenarnya,
Ahmad Awaluddin Shaari akan mengendalikan 4 program iaitu
Debaran Sehati Berdansa 3, Detik Sehati Berdansa 3,
Di Sebalik Sehati Berdansa 3 dan Memori Sehati Berdansa 3.




10 October 2009

3 Templates Menarik (Blogspot)

KenanganTerindah!!



Terasa sunyi sangat malam nii...
semua dah tido..mata aku ni je agak kurang &^%$ sebab tak nak lelap...
MMmm..kena paksa jugak..esok pagi2 dah kena bangun,,
ikut mak hantar kuih seperti biasa dan terus ke shah alam hantar ma sis.

Sambil melayan video di youtube (yg okay2 aje =p)..
aku teringat dengan 'video' yang aku edit ala kadar itu..
Dah lama aku tak tengok..rasa rindu semakin dalam ....



aku buka video itu dan fikiran aku kembali melayang memikirkan
saat yang penuh suka duka,gelak tawa,tangisan dan pelbagai
perasaan yang sukar di gambar dengan kata-kata...~
aku sendiri pernah menitiskan air mata bila ingat kenangan tu.. =(
Benar!! kenangan itu begitu payah nak di lupakan..
ianya terlalu indah.....dan kenangan tu tercipta untuk KAMI!!

Tahun 2008 menjadi saksi perhubungan akrab antara kami..

Tagline Ong Arr!! yang di reka oleh
PLATUN TOKYO
mungkin membuatkan kami mendapat gelaran

"Platun paling Semangat"
semasa di Kem Belia ke-31..

di situlah segala Memori Tercipta~~~





*kawan2 Tokyo...jangan lupe kenangan dulu
ia terlalu manis untuk kita~~*





9 October 2009

Awan Dania Musim Ke-2



Awan Dania telah pun masuk musim yg ke-2..



Kali ini,
Dania telah di terima di syarikat penerbangan lain iaitu FireFly...
Kisahnya tetap sama macam musim yang lalu..Ramai yang tidak
menyukai Dania.Selain itu,watak baru yang ditonjolkan
adalah watak lelaki misteri yang sering mengekori Dania....


Saksikan gelagat Dania & rakan-rakannya
dalam awan dania musim kedua di

ASTRO RIA..ISNIN 10MALAM!!


Sweet 17...

http://msp292.photobucket.com/albums/mm8/ThikJerseyChik/happy-birthday.jpg

Happy Birthday To Me...
HAHAHAHAHA !!

arini genap la umur aku 17 tahun..
huhu..semakin tua...
bakal hadapi SPM tahun ni..... x(

Btw..Thanx kat semua yg wish bufday Aku... ^_^


* Isma AF orang pertama wish kat aku..
thanx so much kak =)




7 October 2009

Aku Masih Di Sini

Hari ini aku masih di sini..
menjalankan tugas harian seperti biasa juga
Menjalankan kewajipan sebagai seorang muslim.

Hari ini aku masih di sini..
masih dapat menhirup udara yang segar lagi nyaman.
aku bersyukur masih berada di bumi Tuhan......

aku harap masih ada hari esok~~~









5 October 2009

PMRvsSPM

http://3.bp.blogspot.com/_l54226i0Vb0/Snem3Ew9fqI/AAAAAAAAAlM/0g-eR8yaccU/s320/GoodLuck_yourway.jpg

Hari ini kat sekolah ada buat solat sunat tasbih!
biasa la dah nak PMR & SPM..
tapi selalunya cikgu buat solat hajat..tapi kali ni lain..
lebih kurang je pun dengan solat hajat.

Malangnya aku tak dapat turut serta..
sebab ada masalah perempuan..
Tapi aku tetap ikut masuk dlm dewan sebab nak tgk cara
sembahyang tasbih tu macam mana.
Selain tu,boleh jugak la ikut orang aminkan doa.

Lepas selesai sembahyang & doaDoa..
cikgu suruh semua beratur untuk bersalaman dengan
guru-guru mohon restu daripada diorang.......

Terasa macam nak nangis masa tu tapi di tahan.huhu
aku jugak sempat jumpa adik2 aku daripada PBSM!
rindunye dengan diorang..dah lama sangat tak jumpa..
saat jumpa diorang,air mata aku dah mula nak kuar..

Aku akan rindu dengan diorang sebab ni tahun terakhir aku kat sekolah!
lagi2 adik2 aku yang 3 orang tu..adila,hairani & Intan...
dorang ni selalu buli2 aku....happy sangat dpt jumpa diorang tadi..

Diorang ni pun bakal hadapi PMR !
akak harap korang berjaya dalam PMR tu..
& akak yakin yang korang akan berjaya!!

Hairani,Adila,Omas(intan),Mahuddin,
Apek(shafiq),Amalina,Fairuza,Fatin..

GOOD LUCK!!!!
YOU ARE THE BEST!!!!!

*terus berkhidmat dlm BSM kay =)*
*sory kalau ade name2 x sebut xD *
*rinduuu ngan korang!!*




4 October 2009

Air Mata Ibu.

http://hdmessa.files.wordpress.com/2007/06/ibu-2.jpg


Apakah sebenarnya..Terbuku dikalbumu
Apakah erti linang airmata di pipimu.

Ucapkanlah padaku..Tak bisa kurungkainya.
Rahsia yang kau pendam itu...

Aku hanya menduga..Tidak mampu merasa
Sebenar-benar perasaanmu..

Pengorbanan yang kau lakukan..Untuk dewasakan ku
Hanya bisa ditanggung oleh hati ibu..

Namun kupercaya..Takkan terlerai kasih
Ikatan ini takkan putus..~

Telah kau telan lara..Dan terima segala
Dugaan dan badai yang melanda…
Duhai ibu..~~





BolehkahAku?


malam ini..
aku masih dalam mood kebosanan..
entah kenapa sejak kebelakangan ni fikiran aku macam tak tenang.

terlalu banyak perkara yang masuk dalam otak aku.
semuanya seperti sudah bercampur-baur.
sukar untuk aku ceritakan dari mulut yang tak bisa berkata-kata.

mungkin aku sedang memikirkan,
detik cemas yang bakal aku hadapi tak lama lagi.
niat hati mahu gembirakan hati orang tua..
tapi,jiwa remaja aku tak terfikir masa hadapan!


aku perlukan sokongan semua orang,
tapi ramai juga yang memperlekehkan kemampuan aku.
seperti aku ni manusia hina di bumi Tuhan yang fana ni.

tetapi aku yakin,pasti segalanya akan berubah.
dengan bantuan & sokongan daripada semua...



2 October 2009

Isma AF @ Raya09 : #1




ingat tak post yang pasal Isma hari tu?
haa..ni nak cite balik ni..hehe

----------------------------------------------------------

Pagi tu..mak dah mula siapkan makanan..
aku pun tolong la sikit2..hidangkan kat meja..
dalam masa yg sama....
ayah,mak,akak aku masih bertanya benda yg sama..
betul ke isma nak datang....??
sampai aku rasa letih nak jawab..hhuhu..

dah tu pulak..kakak2 aku dah kena balik rumah sewa masing2..
pukul 2.30..aku masih menunggu isma datang =)
ayah pulak dah hantar kakak aku balik...

aku mesej kak azian (ifc)..tak ade jawapan..
maybe dia tak dengar fon bunyi..
aku terus tunggu..sampai tertido kat ruang tamu depan..
hahah....boleh pulak kan....

tapi...tak lama lepas tu...
kak azian call,suruh tunjukkan jalan..
aku yo yo O je kan cakap2..
last2 bagi kak azian cakap ngan mak aku..
hahah..bukannye aku tau pun nak bagi arah jalan =p

mm..dlm kol4 Or 5 lebih kot isma sampai kat rumah aku..
huhu..masa tu perasaan segan aku tu tetibe je datang..
*kacau betoll!!*haha..tapi cover je la ..kan..kan xD

yang paling best isma datang dengan anak2 dia skali...
Aiman,Aida,Awin...
2 orang lagi tak ikot...


dorang comelllll sangat2..hehe..Peramah jugak!! =)


so,aku malas nak menaip panjang2..huhu
ni je pix2 yang aku upload..ade mase aku upload lagi..kay =)










Kak Azian & kak Liana..
Thanx yep =)