Thanks sebab sudi masuk blog yang tak seberapa ni.Ini hanya blog biasa. Tuan punye blog tak paksa sesiapa untuk baca entri-entri kat blog ni.Kalau tak berminat,jangan baca. Boleh pergi blog orang lain.Saya berkawan dengan sapesape je .Terima Kasih ☺ *peacenowar* - © www.justmiszeja.blogspot.com |EjaEhsan|

Followers

ஐ ChatBox

14 October 2009

Peserta-Peserta Sehati Berdansa Musim ke-3




Segala teka-teki telah berakhir apabila 9 pasangan selebriti
kan berentap dalam program realiti tarian popular,
Sehati Berdansa 3 (SB3) yang akan memulakan siarannya mulai 17 Oktober ini.
Mereka yang terpilih adalah
Sazzy Falak & Nazril Idrus; Anita Baharom & Ismadi Ismail;
Isma & Zul; Enot & Zainul; Dira & Ash; Mirnawan Nawawi & Noorah Mokhsin;
Oshin & Firdaus Shukor; Syed Hussein & Noor Diyana; serta Didie & Isham Ismail.

Pengumuman senarai peserta telah diadakah semalam di Hotel Sunway Resorts,
dengan dihadiri oleh semua pasangan terbabit.Program popular siaran Astro Ria ini
akan kembali menemui peminat bermula 17 Oktober ini, jam 9 malam
menerusi program pengenalan iaitu Kenali Pasangan Sehati Berdansa 3.
Sekali lagi murai.com.my dipilih sebagai portal hiburan rasmi program itu.
Inilah masanya peminat dapat mengikuti perkembangan mutakhir
tentang pertandingan itu terutama paparan berita dan gosip.
Anda boleh mendapatkan liputan eksklusif menerusi laman mikro khas
iaitu Sehati Berdansa3@murai.com.my.


Turut dimuatkan paparan video sebalik tabir, foto serta latar belakang peserta musim ini.
Sebelum ini pihak Astro telah membuat pengumuman bahawa hos utama adalah
Scha Al Yahya dan Fahrin Ahmad
yang mana mereka akan mengendalikan
Malam Sehati Berdansa 3 serta Kenali Sehati Berdansa 3.
Scha yang juga pelakon Awan Dania telah dipilih menggantikan tempat
Linda Onn sebagai hos baru SB3
Manakala Awal Ashaari atau nama sebenarnya,
Ahmad Awaluddin Shaari akan mengendalikan 4 program iaitu
Debaran Sehati Berdansa 3, Detik Sehati Berdansa 3,
Di Sebalik Sehati Berdansa 3 dan Memori Sehati Berdansa 3.




No comments:

Post a Comment