Epik Anakanda Nujum DiRaja
Raja (lakonan Erry Putra) bagaimanapun telah mendapat tahu niat murni Belalang itu dan menabalkan Belalang sebagai Utusan Kecil DiRaja yang turut dikurniakan Alat Kebesaran DiRaja yang dipanggil Tinta Raja yang terdiri dari pena duri landak emas, dilengkapi dengan tinta sakti berupa dakwat dan selembar kulit emas rusa putih yang darinya dapatkan Belalang menuliskan dan menghimpun segala ceritera manusia sepanjang perjalanannya bagi faedah istana dan rakyat jelata.
Masalah utama yang dihadapi Belalang adalah apabila dia sebenarnya buta huruf dan tidak pandai membaca. Dengan nujuman dan restu bapanya, berangkatlah Belalang mengembara mencari guru yang dapat mengajarkannya mengeja dan membaca. Banyaklah rintangan yang dihadapinya dalam menamatkan pembelajarannya sebelum mampu mula menulis. Sebagai permulaan, dilukislah saja bentuk-bentuk pengalamannya ke dalam Tinta DiRaja itu.
Sepanjang pengembaraannya itu, banyaklah manusia dan kejadian yang dialaminya yang rata-rata kejadian dan kisah-kisah malang belaka. Maka terpanggillah Belalang untuk berbuat sesuatu dengan harapan membantu mereka-mereka keluar dari nasib buruk yang mungkin menimpa mereka. Harapannya juga untuk pulang bersama cerita-cerita hebat tentang bangsanya.
Jangan lupa saksikan drama bersiri Belalang; Epik Anakanda Nujum Diraja yang bakal bersiaran menerusi Astro Prima (saluran 105) setiap Rabu bermula 14 Oktober 2009 jam 10 malam.
No comments:
Post a Comment