Thanks sebab sudi masuk blog yang tak seberapa ni.Ini hanya blog biasa. Tuan punye blog tak paksa sesiapa untuk baca entri-entri kat blog ni.Kalau tak berminat,jangan baca. Boleh pergi blog orang lain.Saya berkawan dengan sapesape je .Terima Kasih ☺ *peacenowar* - © www.justmiszeja.blogspot.com |EjaEhsan|

Followers

ஐ ChatBox

20 October 2009

Pelakon Dayana Kamal Rentung Dalam Kemalangan


naza-the-times-dayana-kamal by Syokkahwin.com.


Wanita yang ditemui rentung bersama dua rakannya dalam kemalangan ngeri
di atas jambatan dekat Bunut Payung di sini, awal pagi kelmarin,
adalah pelakon filem Black Maria.

Wan Noor Diana Mohd Kamarulzaman, 22,
atau lebih dikenali sebagai Dayana Kamal, juga membintangi beberapa drama,
seperti Sumayyah, Rumah Itu Dunia Aku serta Selamat Tinggal Noni.

"Apa yang lebih menyentuh hati saya, beberapa hari sebelum kejadian itu,
dia memberitahu niatnya untuk mendalami al-Quran
dengan mencari guru agama bagi membantu mengajarnya,"
kata ibunya ketika ditemui di rumahnya di Pengkalan Chepa di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.15 pagi kelmarin,
Proton Persona yang dinaiki Wan Noor Diana
dan tiga sahabatnya terbabas sebelum terbakar dan meletup.

Dua lagi yang rentung dikenali Tengku Shamsu Tuan Ibrahim, 25,
dan warga Amerika Syarikat, Christopher Gonzalez, 25,
manakala pemandu kenderaan itu, Tengku Ahmad Nazim Tengku Ibrahim, 30,
terselamat.

Jenazah Wan Noor Diana selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Mata Pasir
dekat Chempaka, kira-kira jam 11 malam kelmarin.

Wan Nor Hayati berkata, Allahyarham pernah mendirikan
rumah tangga dengan vokalis kumpulan
Indie, The Times, Natazar Mohamad, 33,
dan dikurniakan seorang anak perempuan,
Dayang Fatiha Amanda, yang kini berusia empat tahun.

Allahyarham juga pernah menyertai pertandingan akhir
Pencarian Gadis Metro anjuran akhbar Harian Metro pada 2004.

Wan Nor Hayati berkata, Allahyarham anak sulung dari empat beradik
baru-baru ini turut menyertai pertandingan Pakaian Muslimah Kelantan.

"Noor Diana sepatutnya menggayakan pakaian serba biru, tetapi pada saat akhir mengubah fikiran dan mengenakan pakaian serba putih. Saya tidak mengesyaki apa-apa yang pelik tetapi itu mungkin petanda dia akan meninggalkan kami buat selama-lamanya," katanya.



- BERITA HARIAN


No comments:

Post a Comment