Masalah pembuangan bayi bukanlah merupakan satu
perkara yang baru berlaku di negara ini. Sejak zaman Arab Jahiliyah
lagi kita dapati gejala tidak beretika ini telah dilakukan
khususnya terhadap bayi serta anak-anak perempuan
atas faktor keagamaan masyarakat pada masa itu.
Akan tetapi, gejala pembuangan bayi kini begitu berbeza
senarionya memandangkan pembuangan bayi ini dilakukan atas
desakan hawa nafsu manusia itu sendiri yang terlibat dengan
aktiviti penzinaan hasil daripada pergaulan bebas masyarakat pada hari ini.
Malu, sedih, buntu
setelah terlanjur dan mengandung anak di luar nikah,
maka pengguguran serta pembuangan bayi menjadi langkah terbaik
dalam menutup segala keaiban yang telah dilakukan oleh manusia itu sendiri.
Kini gejala buang bayi diperkatakan semula berikutan semakin ramai bayi
yang ditemui sama ada dalam keadaan hidup atau mati di merata tempat.
"oleh itu,wajarkah tindakan di ambil untuk
golongan-golongan yang suka membuang bayi
yang tak berdosa tu???
kalau aku,,memang WAJAR sangat!
sekarang ni dah smakin menjadi-jadi...
tapi aku rasa kalau ada undang2 yang ketat untuk diorang ni...
mesti tak banyak kes-kes macam ni berlaku..
buat la hukuman untuk lelaki dan perempuan yang
melakukan seks bebas sehingga berlaku kes tu!
seperti hukuman sebat ke..rejam!
barulah masyarakat takut nak buat maksiat!
ini,nak buat hukuman pun takut semacam..
contohnya seperti Kartika
(wanita pertama yang akan di kenakan hukuman sebat)..
korang tengok la..bukan main susah nak buat hukuman tu..
sedangkan Kartika rela dengan hukuman tu..
ni tak,,macam2 isu yang keluar..
mana laa maksiat tak menjadi2..diorang dah tak takut dengan undang2"
jadi??skarang ni..
salah pemimpin ke salah orang yang buat maksiat tu?
Tolonglah!!dah tak sanggup nak tengok bayi
yang tak berdosa di bunuh,mati dalam sungai,
buang dalam tong sampah,sumbat dalam beg!!
ngeri laa!!
yang tak berdosa di bunuh,mati dalam sungai,
buang dalam tong sampah,sumbat dalam beg!!
ngeri laa!!
No comments:
Post a Comment